Background Slider

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada kumpulan KIK dari semua UA;
  2. Projek kumpulan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan di peringkat UA masing-masing;
  3. Penyertaan dibenarkan untuk mencalonkan empat (4) kumpulan KIK (masing-masing 2 dari kategori Pengurusan dan 2 dari Kategori Teknikal) yang dipilih melalui Konvensyen KIK peringkat Universiti untuk menyertai Konvensyen Peringkat UA;
  4. Pencalonan bilangan kumpulan KIK dan jenis kategori yang disertai hendaklah dikemukakan oleh Universiti kepada Urus Setia. Konvensyen peringkat UA dengan mengemukakan Borang Penyertaan secara atas talian selewat-lewatnya pada 15 Mei 2017.
  5. Semua kumpulan perlu menyediakan lima (5) salinan ringkasan salinan projek dan lima (5) salinan slaid power point (maksimum 150 slaid). Dokumen tersebut perlu dihantar kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya 30 Mei 2017.
  6. Penggunaan komputer adalah diwajibkan;
  7. Masa persembahan projek kumpulan adalah dihadkan kepada 30 minit, iaitu 5 minit untuk persediaan, 20 minit untuk persembahan dan 5 minit untuk sesi soal jawab;
  8. Setiap kumpulan diwakili maksimum sepuluh (10) ahli sahaja (tidak termasuk Fasilitator);
  9. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan dari mana-mana Kumpulan KIK yang tidak layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai Konvensyen oleh penganjur adalah muktamad;
  10. Keputusan Jemaah Panel Penilai Konvensyen terhadap persembahan kumpulan adalah muktamad