Background Slider

SELAMAT DATANG

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.

Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Universiti Awam (UA) di Malaysia.  Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat UA seperti jadual dibawah:.

Bil

Universiti Awam

Tahun

Kali Ke-1

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

2004

Kali Ke-2

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

2005

Kali Ke-3

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2006

Kali Ke-4

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2007

Kali Ke-5

5 Universiti Malaysia Sabah (UMS)

2009

Kali Ke-6

Universiti Sains Malaysia (USM)

2010

Kali Ke-7

Universiti Putra Malaysia (UPM)

2011

Kali ke-8

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2012

Kali ke-9

Universiti Utara Malaysia

2013

Kali ke-10

Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)

2014

Kali ke-11

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

2015

Kali ke-12

Universiti Malaysia Terangganu

2016


Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2017 yang diadakan pada 26hb. Januari  2017 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Malaysia Perlis sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat UA kali ke 13 iaitu pada tahun 2017.